Saturday, 5 November 2016

                           
                            Image result for perpaduan


PERPADUAN

Di sini kita bernaung
bumi subur negara makmur
melafaz ikrar kesetiaan
menjulang panji-panji kemenangan
mengisi wadah kemerdekaan
demi kelangsungan kebebasan

Ketika senja berlabuh
Terpancar garis-garis kemerahan
Mengimbas sejarah silam
Kesengsaraan pejuang bangsa
Tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
Berselimut duka pilu

Ayuh generasiku
Bangkitlah bersamaku
Bersatu kita mengorak langkah ke hadapan
Mencari erti kedamaian

Generasiku
Simpulkan kata padu
Harmoni kita bersama
Membina sebuah arca perpaduan

Demi pertiwi tercinta
                               Image result for si miskin dan si kaya

KEMISKINAN
\
Saudaraku, lihatlah aku
Yang berselimut debu jalanan
Mungkin aku tak seelok dirimu
Dalam balutan baju bersih dan hangat

Saudaraku, dengarlah aku
Aku tak perna meminta menjadi miskin
Tidur susah, makan susah, mati pun susah
Aku tak minta emas permata darimu
Hanya satu, berhentilah menganggap kami rendah
Bukankah aku dan kamu sama?
Manusia, bukan malaikat, apalagi Tuhan

Saudaraku, tahukah kamu?
Aku miskin harta
Tapi hatiku kaya akan pengalaman
Siapa kawan, siapa lawan

Aku mungkin miskin, tapi aku masih takut akan Tuhan
Saudaraku, sedarkah kamu?
Hidupmu pun bergantung pada orang miskin
Yang bekerja untuk makananmu, pakaianmu, dan rumahmu?
Jadi sebenarnya, apalah arti kekayaanmu?




                        Image result for Alam
                        
AKU RINDU KEINDAHAN ALAM

Dulu, tak perlu engkau pergi jauh menyeberang lautan
Tak perlulah engkau terbang menembusi udara
Untuk alam yang indah yang ingin engkau lihat

Kini,
Alam kita telah terkikis
Dalam rakusnya kemunafikan
Terkurung jiwa nan tamak
Ketika hutan menjadi neraka bagi para penghuninya

Dulu, hijau negeriku
dulu, indah lautku
Kini sampah telah menggantikan mereka
Bermaharajalela memudarkan keindahan

Aku rindu keindahan alam kecilku
Saat pepohonan hijau rendang
Saat pantai berpasir diserang hempasan ombak
Saat burung berkicau menyambut pagi




                             Image result for Ayah

AKU CINTAKAN AYAH
Ayah….
Di setiap titis keringatmu
Di derai lelah nafasmu
Di penuhi kasih sayang yang luar biasa

Ayah….
Terima Kasih untuk segalanya
Terima Kasih atas canda dan tawamu
Terima Kasih atas kasih sayangmu yang telah engkau berikan padaku

Ayah….
Telah rapuh tulang-tulangmu
Yang dahulu engkau gunakan
Untuk memberikan kami sesuap nasi
Untuk menunaikan kewajibanmu sebagai ketua keluarga

Ayah….
Air mata ini tidak mampu membalas semuanya
Semua yang kau lakukan untuk hidup kami
Semua yang kau berikan kepada kami

Ayah….
Kini kamilah yang harus melakukan semuanya
Kamilah yang harus membalas semuanya
Kamilah yang harus memperhatikanmu semula


              

                         Image result for ANAK MERDEKA


ANAK MERDEKA
Lima puluh sembilan tahun negara merdeka
Masa yang lalu dingat sentiasa
Susah derita pejuang bangsa
Menentang penjajah tak kira masa

Kini tiada sudah bingit suara ketakutan
Kini tiada sudah suara tangisan
Kini hari ini hanya kedengaran bingit suara kegembiraan
Kini hilanglah sudah resah di dada
Kini kita bersama dalam 1Malaysia

Ingat pesanku anak merdeka
Janganlah alpa janganlah leka
Pertahankan negara sekalipun terluka
Jangan terjajah kali kedua






                            Image result for berikan petunjukmu ya allah


CAHAYA KEBENAAN

Dikala aku bingung dalam kesendirian
Dikala aku bingung dalam urusan duniaku
Hanya engkau yang terbayang dalam benakku
Hanya kepadamulah aku ingin kembali

Ku sembah dan ku agungkan namamu
Bersujud sertaku serukan kebesaranmu
Di hadapanmu kurenungi segala khilafku
Aku hanya manusia yang berlumur dosa

Ya Tuhanku
Kumohonkan cahaya penerang serta hidayahmu
Tuk tunjukkan jalan lurusmu
Dan bimbinglah aku menuju syurgamu






                           
                            Image result for teknologi                       

MANFAAT ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI

Segulung ijazah sudah diberikan
Seuntai tulisan pula berada di dalamnya
Duhai anak yang malang
Mengapa engkau diam saja?

Mengapa ilmu itu cuma kau simpan?
Sungguh tidak sedikit angan-angan terpendam
Ilmu maha luas sudah engkau pelajari
Tapi sayang kau enggan mencuba

Malang beribu malang kau enggan mencuba
Duhai anak yang malang bangkitlah kini
Peluang luas sudah menantimu

Lawanlah jiwa kotormu itu
Tuk mencapai impianmu
Dengan pengetahuanmu kita boleh memperbaiki bangsa
 Dengan pendidikanmulah nasib kita boleh dirubah 

Tujuh belas tahun sudah kau habiskan waktumu di bilik kuliah
Namun tidak memberimu otak brilian dan keterampilan nan sepadan
Engkau hanya terampil meniru dan menjiplak karya negara orang
Engkau hanya mampu mencuri ide-ide bukannya mencipta





                                 Image result for ILMU


ILMU YANG ENGKAU BERIKAN


Wahai pelita yang membakar diri
Jutaan terima kasih aku ucapkan
Atas kesabaran dan pengorbanan
Yang engkau berikan selama ini

Kau mengajarku untuk bermimpi
Kau mengajarku untuk kenal erti usaha
Perintahmu teringat kental dalam memori
Hingga kini aku beranjak dewasa

Jika aku mampu akanku petik bintang
sebagai tanda terima kasihku
untukmu wahai guruku
engkaulah pelita dalam hidupku





Image result for WARISAN KITA
                                     

KEKALKAN HAK DAN WARISAN KITA


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Bumi bertuah kini menanti disumpah
Kerana bukan titis darah MELAYU yang memerintah
Tanah Melayu Melaka
Siapa harus dipersalahkan

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa Depan sungguh kelam
Kian lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha




                   Image result for Sahabat



    Sahabatku
Engkau selalu hadir di setiap aku memerlukanmu
Engkau berikan sejuta senyuman untukku
Menemaniku saat suka dan duka
Tanpamu aku tidak bererti
Keranamu  aku dapat lalui hari-hari terindah

Sahabat engkau berikan semangat dalam hidup ini
EngKau selalu ada untukku
Bersama dalam suka dan duka
Bersama dalam tangis dan tawa
Bersama dalam susah dan senang
Bersama melangkah seiring sejalan

Saat bersamamu dunia terasa indah
Kaulah anugerah yang pernah aku miliki
Wahai sahabatku maafkanlah
Jika aku salah ada dengan mu
Semua itu kerana kesalahanku yang mungkin tidak aku sengaja
Maafkan aku jika aku pernah melukai hatimu

Aku takut akan semua itu
Aku takut kehilangan seorang sahabat
Aku takut kehilangan rasa persahabatan ini
Aku takut tidak dapat lagi bersamamu
Maka izinkanlah aku untuk selalu menyayangimu


Wednesday, 2 November 2016



KEBAHAGIAAN
Senyumlah..
andainya senyummu itu,
boleh melindungi kedukaan,
kerana engkau akan lebih derita,
melihatkan wajahmu sengsara.


Ketawalah..
andainya tawa itu,
mampu mengusir kecewa,
kerana titisan luka pasti mengalir,
tanpa hati yang mengepam gembira.


Carilah bahagia,
biarpun hingga kehujung nyawa,
kerana itulah pengubat segala nestapa.


Andainya jasadmu kian longlai,
bertongkatkanlah dengan ucapan,
tasbih Ilahi dengan penuh harapan,
kerana nyawamu takkan berkekalan.