KEBAHAGIAAN
Senyumlah..
andainya senyummu itu,
boleh melindungi kedukaan,
kerana engkau akan lebih derita,
melihatkan wajahmu sengsara.
Ketawalah..
andainya tawa itu,
mampu mengusir kecewa,
kerana titisan luka pasti mengalir,
tanpa hati yang mengepam gembira.

biarpun hingga kehujung nyawa,
kerana itulah pengubat segala nestapa.
Andainya jasadmu kian longlai,
bertongkatkanlah dengan ucapan,
tasbih Ilahi dengan penuh harapan,
kerana nyawamu takkan berkekalan.
No comments:
Post a Comment